Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi tumpuan di Indonesia gara-gara berkongsi kisahnya yang memiliki dua buah stesen minyak pada usia muda.
Sascha mengakui bahawa dia kini sedang berada di semester ketiga pengajiannya.
“Adakah anda percaya bahawa stesen minyak Pertashop ini yang berada di Ciledug, Banten milik saya? Saya merupakan pelajar semester ketiga. Saya menyimpan duit poket dan tidak membeli baju atau keluar berbelanja.
“Anda tahu modal saya membuka dua buah stesen minyak tadi berapa? Bermula daripada 1 juta rupiah (RM293.12),’’ jelasnya.
Tambah Sascha, sekiranya seseorang ingin membangunkan stesen minyak tersebut, kebiasaannya, modal yang diperlukan adalah beratus-ratus juta rupiah.
“Saya menjalankan usaha sama dengan pelabur lain untuk membuka Pertashop ini,” katanya.
Dia kongsikan cara melabur dan bercakap tentang latar belakang kewangannya. Ini adalah maklumat yang sangat berguna. Terutamanya untuk kita yang ingin mula melabur.
Catat Ulasan