Gumpalan Rambut 1.5kg


Sepasukan pakar bedah mengeluarkan segumpal rambut seberat satu beg epal daripada perut seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun selepas dia mengadu mengalami sakit perut yang teruk.

Kejadian di bandar Panchkula, India itu berlaku selepas kanak-kanak itu dilaporkan mula mencabut lalu memakan rambutnya sendiri.

Gumpalan rambut seberat 1.5 kilogram berjaya dikeluarkan selepas perut kanak-kanak itu mula membengkak. 

Pembedahan tersebut dilakukan oleh sepasukan pakar bedah termasuk Dr. Vivek Bhadhoo di Hospital Sivil Panchkula pada Isnin lalu. 

Sumber mengatakan, kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dengan pemantauan doktor untuk memeriksa keadaan kesihatannya. Pesakit juga ditemani oleh ibu bapanya.  

Tabiat memakan rambut sendiri dikaitkan dengan  masalah mental dipanggil trichophagia atau lebih dikenali sebagai ‘Sindrom Rapunzel’ yang dinamakan sempena karakter kartun terkenal yang berambut panjang.

Ia turut berkaitan dengan satu lagi gangguan dinamakan trichotillomania atau ‘gangguan menarik rambut’.

Sebelum ini, kes serupa pernah dilaporkan pada 2020 di negeri Jharkhand, timur India apabila doktor-doktor menemui gumpalan rambut seberat 7 kilogram daripada perut remaja berusia 17 tahun

0/komen