Tular di media sosial memperlihatkan situasi ketika tiga lelaki tergelincir selepas cuba membantu dua penunggang ‘motorcross’ yang terjatuh.
Kejadian ini berlaku dalam satu perlumbaan ‘motorcross’ menggunakan trek yang berlumpur.
Dua penunggang motosikal lasak itu dilihat hilang keseimbangan lalu terjatuh dari motosikal masing-masing disebabkan keadaan tanah yang licin.
Beberapa lelaki yang menyaksikan kejadian itu bertindak cuba membantu penunggang tersebut.
Bagaimanapun, percubaan tersebut dilihat gagal apabila tiga daripada mereka turut tergelincir lalu terjatuh di atas tanah berlumpur itu.
Ternyata bukan setakat bersin, jatuh pun boleh berjangkit..
Catat Ulasan