SONAR daripada frigat HMS Northumberland mengesan kapal selam Rusia sebelum pertembungan berlaku.
Kementerian Pertahanan Britain (MoD) mengesahkan kejadian sebuah kapal selam Rusia bertembung dengan kapal perang milik Tentera Laut Diraja Britain dalam satu rondaan di perairan Atlantik Utara.
HMS Northumberland sedang menjejaki kapal selam itu sebelum mengesan ia berada pada jarak beberapa ratus meter sahaja di belakang kapal perang tersebut.
Menurut MoD, tidak mungkin pelanggaran itu disengajakan.
Frigat HMS Northumberland sedang mengesan kapal selam itu di kawasan Lingkaran Artik selepas didapati hilang daripada radar.
MoD berkata, kapal selam itu dikesan melalui teknologi sonar dan hidrofon peka bunyi yang dipasangkan pada satu tiub panjang untuk mengesan bunyi di dalam air.
Ketika kejadian, sebuah periskop dikesan di permukaan air oleh helikopter milik frigat HMS Northumberland sebelum menyelam kembali dan mengenai sonarnya.
Kerosakan berlaku pada kapal perang itu tidak dijelaskan, namun terpaksa kembali ke palabuhan di Scotland untuk dibaik pulih
Catat Ulasan