Sebilangan pengguna aplikasi pemetaan Google Maps terperanjat setelah mengesan sebuah ‘kereta Spider-Man’ sedang melekat pada bangunan di Republik Dominika.
Trak pikap itu didapati tergantung pada dinding sebuah bangunan yang dilihat seakan-akan watak adiwira komik Marvel, Spider-Man.
Dalam pada itu, syarikat Santo Domingo Motors baru-baru ini mendapat perhatian ramai pengguna internet yang berminat dengan kereta gaya Spider-Man keluaran mereka, yang merupakan sebuah trak pikap berwarna merah.
Kereta terpakai itu telah dikeluarkan pada 1920, namun penambahan cat mewakili kostum Spider-Man baru-baru ini telah menarik perhatian pengguna di laman Reddit.
Catat Ulasan