Kuarantin Dalam Tandas Pesawat


Seorang guru dari Amerika Syarikat secara sukarela menjalani kuarantin selama lima jam di dalam tandas pesawat selepas disahkan positif Covid-19 ketika penerbangan.

Marisa Fotieo berkata, tekaknya terasa sakit semasa dalam penerbangan dari Chicago ke Reykjavik, pada 20 Disember lalu.

Dia disahkan positif setelah melakukan ujian pantas Covid-19 menggunakan kit dibawanya.

Wanita itu kekal berada di dalam tandas semasa penerbangan, dengan seorang pramugari menyediakan makanan dan minuman kepadanya. 

Menurutnya,ia adalah pengalaman yang ‘gila’. Terdapat 150 orang di dalam pesawat dan ketakutan terbesar beliau adalah virus ini menjangkiti mereka.

Pramugari berkenaan memastikan beliau mempunyai semua yang dia perlukan untuk lima jam berikutnya, daripada makanan hingga minuman dan sentiasa datang memeriksa bagi memastikannya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sebaik tiba di Iceland, Fotieo mengasingkan dirinya di sebuah hotel milik Persatuan Palang Merah..
 

0/komen