Kucing Kena Kencing Manis


Satu kaji selidik mendapati lebih tiga juta ekor kucing di Britain mempunyai berat badan berlebihan dan lebih 50,000 kucing turut menghidap diabetes.

Menerusi tinjauan terbaharu itu yang dijalankan oleh organisasi Cats Protection, lebih satu perempat daripada 2,000 pemilik kucing yang ditinjau mengaku memberi makan berlebihan kepada haiwan peliharaan mereka sejak perintah berkurung koronavirus dilaksanakan pada Mac 2020.

Bagaimanapun, pemilik-pemilik boleh meletakkan kucing gemuk mereka dalam ujian klinikal oleh Kolej Veterinar Diraja dengan harapan untuk menurunkan berat badan dan memulihkan diabetes melalui amalan diet yang ketat.

Seekor kucing yang menyertai ujian klinikal itu dilaporkan mempunyai berat sehingga 12 kilogram setelah disahkan menghidap diabetes.

Seorang pemilik kucing obes, Rachel Fortescue yang tinggal di perkampungan Frating, daerah Essex turut meletakkan kucing jenis Burma miliknya bernama Lester yang menghidap diabetes dalam skim percubaan tersebut.

Beliau telah melihat Lester kembali menjadi kucing yang gembira, penyayang, suka bermain semula selepas gejala diabetesnya hilang. Untuk itu, beliau bersyukur selama-lamanya.
 

0/komen