Seorang wanita hamil yang tidak menerima suntikan vaksin tidak menyedari bahawa dia telah melahirkan anak ketika ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19.
Ketika hamil, Jo Udeze yang berusia 39 tahun berasa ragu-ragu akan pengambilan suntikan vaksin. Malangnya, dia dijangkiti Covid-19 ketika kandungannya berusia 30 minggu.
Wanita itu dibawa ke hospital Walsall Manor pada Ogos tahun lalu sebelum ditidurkan kerana kesihatannya yang semakin merosot.
Udeze selamat melahirkan anak dengan bantuan doktor ketika masih koma selama dua minggu.
Menurut Udeze ,ingatan beliau hanya samar-samar ingat. Doktor ada memberitahu bahawa bayi dalam kandungan perlu dilahirkan kerana tiada apa lagi boleh dilakukan kerana dia mengandung.
Pasukan perubatan bertindak membantu Udeze melahirkan anaknya, Isaiah dengan menjalankan pembedahan caesarean.
Uzede mendedahkan bahawa kali pertama dia melihat anaknya adalah menerusi sekeping gambar yang ditunjukkan oleh seorang doktor di hospital.
Dia kekal dalam unit rawatan rapi selama beberapa minggu dan kini sedang pulih daripada kesan jangkitan Covid-19 yang lama.
Catat Ulasan