Samsung sekali lagi memperkenalkan sebuah lagi paparan skrin melengkung gergasi yang secara tepatnya dinamakan Samsung Odyssey Ark. Paparan skrin ini menggunakan panel Quantum Dot Mini LED dan hadir dengan saiz 55 inci.
Samsung Odyssey Ark ini hadir dengan resolusi 4K, dan mempunyai nisbah paparan 16:9. Keunikan utama paparan Odyssey Ark ini ialah ia juga hadir dengan fungsi Height Adjusted Stand, yang mana bahagian paparannya boleh ditegakkan untuk menjadikannya sebagai sebuah paparan kokpit digital gergasi. Ia belum rasmi lagi, tetapi dijangka hadir dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan untuk HDMI 2.1 yang boleh dimanfaatkan konsol permainan terbaru dan juga komputer desktop dan komputer riba berkuasa.
Tidak kira orientasi paparan ini, pengguna dilihat boleh memperlihatkan pelbagai tetingkap perisian menggunakan satu paparan sahaja, menjadikan ia cukup berguna untuk mereka yang mahukan setup multi-paparan, tetapi tidak mahu melaburkan wang untuk membeli begitu banyak paparan sekaligus.
Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai paparan ini buat masa ini, seperti tarikh pelancaran, harga dan di pasaran manakah ia akan dilancarkan.
Catat Ulasan