Tindakan dua anggota polis yang memecah cermin tingkap kereta milik seorang wanita kerana menyangka dia meninggalkan bayi tanpa pengawasan akhirnya sia-sia kerana ‘bayi’ itu sebenarnya adalah sebuah anak patung.
Amy McQuillen, 36, ketika kejadian sedang membeli-belah bersama anak perempuannya, Darci McQuillen, 10, apabila polis menerima laporan yang menyatakan bahawa terdapat seorang ‘bayi’ ditinggalkan di dalam kereta miliknya.
Sebelum meninggalkan kereta, Darci bertindak mengikat anak patungnya, Elliot pada kerusi kereta sorong bayi.
Sekembalinya mereka kira-kira 15 minit kemudian, Amy ‘disambut’ dua pegawai polis yang berdiri di sebelah kereta jenama Nissan Qashqai miliknya dalam keadaan cermin pecah.
Situasi bertambah serius apabila salah seorang pegawai polis cuba menahannya dengan menggari tangannya.
Polis memberitahu Amy bahawa mereka akan membayar ganti rugi kerosakan pada tingkap tersebut, namun dia ditahan kerana meninggalkan bayi tanpa pengawasan.
Mereka menggari tangan kanannya. Beliau memberitahu mereka bahawa ia merupakan anak patung, lalu mereka membuka gari tersebut.
Beliau tidak tahu sama ada ingin menangis atau ketawa. Namun, dia juga mungkin bertindak sedemikian jika berada di tempat mereka kerana patung itu berada di kerusi bayi. Mereka memohon maaf selepas itu.
Catat Ulasan