Pesakit Mental Diikat Di Tiang Elektrik


Penduduk sebuah kampung di daerah Serang, wilayah Banten bertindak mengikat seorang lelaki kurang siuman pada sebatang tiang elektrik kerana didakwa mencuri pembesar suara milik seorang penduduk yang berharga 150,000 rupiah (RM43.77).

Ketua Polis Serang Kota, Maruli A Hutapea berkata, kecurian tersebut berlaku pada Selasa lalu kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

Mangsa yang hanya dikenali sebagai AA, menangkap suspek, HI, yang mencuri pembesar suara  miliknya lantas mengikat HI  pada tiang elektrik dengan bantuan penduduk setempat.

Suspek didakwa mencuri pembesar suara  milik mangsa.  Mangsa  kemudian bertindak menangkap suspek bersama penduduk kampung serta mengikatnya pada tiang elektrik.

Sejurus selepas ditangkap dan diikat, penduduk setempat melaporkan kejadian itu kepada Polis Serang Kota sebelum dia dibawa ke Balai Polis Serang.

Bagaimanapun, mangsa akhirnya membuat keputusan untuk menyelesaikan kes itu tanpa melibatkan undang-undang selepas suspek didapati mempunyai masalah mental.

Kes itu telah selesai dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara aman kerana suspek mengalami masalah mental.

Menurutnya lagi ,mangsa juga telah meminta keluarga suspek untuk memasukkannya ke pusat jagaan pesakit mental agar dia tidak berkeliaran dan mengganggu orang ramai.
 

0/komen