Tular di media sosial yang memaparkan kaki seorang wanita dipijak oleh seorang lelaki berstatus ‘pakcik’ ketika berhenti di lampu isyarat merah.
Menerusi video ini, dua wanita yang menaiki motosikal dilihat berhenti di lampu isyarat merah.
Pembonceng motosikal itu merakam situasi ketika kaki rakannya sedang dipijak oleh seorang pakcik ketika sedang berhenti.
Penunggang wanita itu dilihat memakai kasut berwarna putih, manakala lelaki itu memakai selipar.
Ketika lampu isyarat bertukar hijau, mereka kemudian berlalu pergi sambil ketawa disebabkan kejadian yang berlaku.
Maaf tuan, ini kaki manusia bukan kaki ayam.
Catat Ulasan