Putus Tangan Digigit Harimau Benggala



Tangan seorang penjaga zoo cedera digigit oleh seekor harimau yang terlepas sebelum ia menyerang dua kakitangan lain di sebuah taman safari di Tokyo.

Harimau benggala itu ditemui berkeliaran di luar kandangnya di Taman Safari Nasu apabila kakitangan tersebut tiba kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

Haiwan seberat 150 kilogram itu tidak dipagar di dalam kandang dengan betul pada malam sebelumnya.

Tiga kakitangan zoo yang kembali keesokan pagi untuk mencari haiwan itu di koridor menuju ke kawasan pameran diserang secara kejam dengan seorang pekerja wanita berusia dalam lingkungan 20-an kehilangan tangannya.

Seorang kakitangan wanita lain turut digigit pada badannya, manakala seorang kakitangan lelaki mengalami kecederaan di kepala. Mereka kemudian dibawa ke hospital.

Penjaga zoo tidak memeriksa pagar kandang harimau dengan betul sebelum taman itu ditutup. Polis kini menjalankan siasatan di taman itu disebabkan kecuaian pengurusan.

Pihak zoo menyatakan,kemalangan berlaku di kandang harimau pada pagi 5 Januari 2022 dan seorang pekerja telah cedera dan sedang mengesahkan keadaan pekerja-pekerja dan menyiasat punca insiden tersebut.

Pihaknya  akan beritahu dengan lebih lanjut sebaik sahaja mengetahui butiran kejadian. Buat masa ini, taman itu akan kekal ditutup.

0/komen