Seorang pelancong Britain terkejut apabila mendapati seekor biawak berbisa tiba-tiba muncul dari lubang tandas di tempat penginapannya.
Kejadian itu dilaporkan di wilayah Pathum Thani, tengah Thailand pada 21 Januari lalu.
Haiwan pemangsa itu dikatakan menjenguk dan menjelir lidahnya sebelum memusingkan kepala untuk memerhati di sekeliling bilik air tersebut.
Jason Kingman, 37 dari bandar Gravesend, daerah Kent bersama pasangannya, Chantima Chairisuk, 45, melihat reptilia itu memberikan renungan yang mencancam ketika memerhati selama tiga minit sebelum hilang ke dalam lubang tandas.
Teman wanita beliau memanggil lalu berkata ada sesuatu yang kotor bergerak di dalam tandas. Dia fikir itu pelik dan tidak terfikir bahawa ia adalah biawak. Beliau kagum apabila melihatnya.
Menurut Kingman yang ketika itu sedang melancong di Thailand, terdapat banyak haiwan tersebut tinggal di taman mereka tetapi ini adalah kali pertama dia melihatnya di tandas.
Menurut Chairisuk, dia menemui sesuatu berwarna gelap yang bergerak ketika ingin menggunakan tandas sebelum menghubungi Kingman untuk memeriksa objek aneh itu.
Ada orang di luar sedang menyembur racun serangga. Beliau rasa biawak itu cuba melarikan diri jadi ia bersembunyi di dalam tandas tersebut.
Menurut Chantima lagi,ia akhirnya meninggalkan rumah mereka dan tidak mencederakan sesiapa.
Catat Ulasan