Seorang wanita dari Hertfordshire, England menjadi perhatian ramai kerana menunggang seekor kuda ketika membuat pesanan makanan pada laluan pandu lalu McDonald’s.
Wanita tersebut dilihat menunggang kuda ketika membuat pesanan di kaunter pandu lalu sebelum turun daripada kuda tersebut.
Ketika pesanan dibuat, haiwan itu dilihat menghalakan muncung mulutnya pada bahagian tingkap pesanan, berkemungkinan untuk mencari makanan.
Ia kemudian berlalu dari kaunter tersebut bersama wanita itu yang memegang secawan kopi.
Sementara itu, menurut McDonald’s, restoran itu kebiasaannya tidak membenarkan pembeli menunggang kuda atau apa-apa pengangkutan selain daripada kereta untuk membuat pesanan pandu lalu.
Lorong pesanan pandu lalu yang pihaknya bina khas untuk kereta, van, trak atau skuter mobiliti yang dibenarkan menggunakan jalan raya.
Menurutnya lagi,kesihatan dan keselamatan pelanggan dan pekerja adalah keutamaannya dan disebabkan itu, pihaknya tidak akan melayan pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang kuda atau apa-apa kenderaan menggunakan kuda pada laluan pandu lalu.
Catat Ulasan