Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Nigeria digelar sebagai ‘bilionair termuda’ dunia kerana memiliki beberapa buah kereta mewah dan sebuah jet peribadi.
Muhammed Awal Mustapha turut mempunyai 25,000 pengikut di laman Instagram meskipun dia hanya memuat naik sembilan hantaran setakat ini.
Kanak-kanak lelaki itu merupakan anak kepada selebriti internet yang juga bergelar jutawan, Ismailia Mustapha yang lebih dikenali sebagai Mompha.
Muhammed Awal yang turut digelar Mompha Junior dihadiahkan rumah agam pertamanya oleh bapanya ketika berusia enam tahun.
“Saya memberi jaminan kepada kamu bahawa selepas menjalani jatuh bangun dalam kehidupan, kamu mempunyai tempat untuk dituju. Sebuah tempat yang tidak akan menghakimi kamu dan sentiasa menjemput kamu dengan tangan terbuka."
“Tahniah anakku, atas hadiah rumah baharu buat kamu. Ini merupakan hadiah hari lahir daripada ayah,” tulis Ismailia dalam satu hantaran di media sosial.
Sementara itu, dalam hantaran-hantaran lain di Instagram miliknya, Muhammed Awal kerap berkongsikan gambar-gambar yang menunjukkan gaya hidupnya yang mewah seperti menaiki jet peribadi miliknya
Catat Ulasan