Wanita Bersalin Dalam Kereta


PROSES kelahiran adalah situasi yang mencemaskan dua nyawa iaitu ibu dan bayi. Kerap kali dipesan wanita hamil perlu ke hospital sekiranya sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin.

Namun, lain pula halnya yang berlaku di Pulau Pinang. Seorang ibu terpaksa melahirkan bayinya di dalam kereta gara-gara tidak sempat sampai ke hospital semula.

Wanita berkenaan terdahulu pergi ke sebuah hospital kerajaan kerana sudah mempunyai tanda-tanda bersalin pada jam 11.00 pagi.

Bagaimanapun, dia diminta pulang pada jam 3.45 petang kerana diberitahu masa bersalin belum tiba kerana bukaan ketika itu hanya 2 sentimeter (cm).

Wanita berkenaan juga difahamkan sudah merayu untuk terus berada di wad kerana kediamannya di Sungai Ara, Bayan Lepas, agak jauh dari hospital.


Rayuannya itu dipercayai tidak dipertimbangkan menyebabkan wanita tersebut terpaksa pulang ke rumah selepas mengharungi kesesakan trafik selama sejam dan tiba pada jam 5.15 petang.

Bagaimanapun pada jam 7.00 malam, dia mengalami turun darah yang banyak dan terpaksa bergegas ke hospital itu semula yang akan mengambil masa 50 minit hingga 1 jam 20 minit mengikut aplikasi Waze berikutan waktu puncak.

Wanita berkenaan bagaimanapun akhirnya telah melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital sebelum dibawa suaminya ke hospital swasta terdekat.


Sayugia di ingatkan , proses kelahiran yang tidak dipantau kakitangan terlatih dan bertauliah adalah berbahaya.

Ia mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko seperti tumpah darah, bayi lemas, jangkitan kuman dan sebagainya.
 
Keselamatan ibu & new born baby menjadi taruhan, selain KOS yg tidak dirancang chart di Private Hospital.

0/komen