Beli Kancil Percuma Kambing


Tindakan ‘marketing’ bijak seorang peniaga dengan menawarkan seekor kambing percuma kepada pembeli Perodua Kancil miliknya mengundang geli hati orang ramai.

Kini, seorang penjual kereta Perodua Kancil dengan harga RM3, 600 telah menawarkan seekor kambing sebagai hadiah percuma kepada pembeli.

Cara ‘marketing’ tersebut jarang dilakukan, namun ramai yang telah berminat dengan tawaran yang dinyatakan oleh penjual itu.

Rata-rata orang ramai memuji cara yang dilakukan penjual itu dan menyifatkan cara tersebut bijak bagi me’laku’kan kereta jualannya itu.

Nak jual kereta sahaja takut tak laku, dia baginya seekor kambing. Bagi kita dah murah tu kambing pun dah berapa sekarang ni.

Bijak juga dia ni, belajar marketing dekat mana la gamaknya. Hebat anak Melayu nie

Walaupun geli hati dengan cara dia ni jual kereta, tapi memang menarik perhatian kita la cara dia ni.


0/komen