Bertemu Jodoh Pada Usia 66 Tahun


Seorang warga emas dari Sulawesi Selatan meluahkan rasa kesyukuran kerana penantiannya untuk bertemu jodoh berakhir meskipun pada usia 66 tahun.

Warga emas dikenali sebagai Nenek Wellu itu bertemu jodoh dengan lelaki yang sudah lama menyukainya, Baruddin, 71.

Menurut wanita itu, ia merupakan perkahwinan pertamanya dan bagi Baruddin, ia adalah perkahwinan kedua. 

Beliau sudah lama berharap untuk menjadi pasangan hidupnya. Ramai perempuan yang suka kepadanya, namun dia tetap memilih nya.

Menurut kata Nenek Wellu lagi, anak Baruddin juga pernah berkata bahawa dia tidak mengizinkan bapanya berkahwin lagi kalau bukan dengannya. Sudah lama dia berharap untuk memperisterikannya. 

Sementara itu, berita mengenai perkahwinan Nenek Wellu dan Baruddin menjadi tular selepas dimuat naik di media sosial.

Pernikahan kedua-dua mereka dikatakan dapat menjadi motivasi kepada mereka yang sudah berusia namun masih belum bertemu jodoh.

Semoga diberi kenikmatan di dunia dan akhirat.
 

0/komen