Biar Dia Mereput Depan Palang


Tindakan seorang penunggang motosikal yang menggunakan laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya telah mengundang kemarahan pengguna lain.


Ini berdasar  satu rakaman video yang memaparkan penunggang motosikal tersebut dilihat menunggu di tepi lorong RFID kerana tidak dapat melepasi palang tol berkenaan.

Kemudian, datang pemandu lain yang ingin menggunakan lorong sama sehingga terpaksa membuat transaksi sebanyak dua kali disebabkan sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal terbabit.

Tindakan  penunggang motosikal  wajar di kecam  kerana tindakannya jelas menyusahkan pengguna lain.

Patutnya pemandu itu tukar sahaja lorong lain, biar dia mereput dekat situ.
 

0/komen