Pertama sekali wajib BERTENANG . Paham je bila tersalah transfer , amaun besar plak tu atau itu je duit yang kita ada , so akan jadi panik . Tapi panik akan buat korang tak dapat berpikir secara waras . So ambik nafas dan bertenang .
Kalau nombor akaun yang korang tersalah tu bukan milik sapa-sapa , so selamatlah kat situ sebab korang semestinya akan dapat semula duit tu. Kiranya duit tu akan bounce back ke akaun korang dengan mudah . Tapi kalau nombor akaun yang korang silap tu ada pemilik , ni yang akan jadi masalah dan yes bagi kes mami , akaun tu ada pemilik 😅
Benda yang korang kena catit adalah :-
- Nombor akaun , penama akaun , tarikh dan masa slip yang tersilap transfer
- Nombor akaun , penama akaun yang sepatutnya kita transfer
Lepas tu terus pergi ke balai polis dan buat laporan polis . Jangan lupa masukkan segala detail tadi tu . Kemudian terus pegi bank yang berkaitan untuk bank ambik segala rekod .
Jika hari cuti atau bank dah tutup , pihak bank takkan call pemilik tu tau sampai la masuk semula waktu bekerja . Timing mami haritu sangatlah tak cun . Dah la hari khamis kejadian tu selepas waktu bekerja , hari jumaat plak cuti CNY dan sabtu ahad plak bank memang tutup . Lama melangut tunggu weh 🙈
Seterusnya pegawai bank akan menghubungi penama akaun yang korang tersilap transfer tu . Korang jangan memandai2 kot ada sedara mara polis ke hape , pastu suruh check detail pemilik akaun tu pastu korang call , dan lagi teruk korang marah-marah atau ugut orang tu . Silap-silap korang yang ke dalam 🤣
Kena ingat ye , benda tu kesalahan dan kecuaian kita sendiri , so jangan meroyan tak tentu pasal .
Kemudian depends la pada pemilik akaun tu , mungkin dia request email atau pape yang sepatutnya sebab dorang pun mesti takut kot kes scammer ke hape kan . Jadi macam kes mami , pemilik tu mintak pihak bank emailkan segala detail .
Kalau nasib korang baik , pemilik akan pulangkan semula duit tu tanpa banyak songeh sebab dorang pun mesti takut kalau kena pape tindakan undang-undang dan ada je manusia yang jujur zaman sekarang ni ,dia takkan ambik hak orang .
Lain ceritanya jika pemilik akaun yang korang tersalah transfer tu tak amanah , taknak bekerjasama dengan pihak bank atau cuba melarikan diri . Yang ni masalah rumit sikit sebab korang kena libatkan pihak polis dan jika jumlah banyak , boleh lantik lawyer untuk hantar LOD ( Letter of demand ) kepada pemilik tersebut .
Dan akhir sekali kalau kita sebagai orang Islam , senjata yang terhebat adalah doa . Sentiasa berdoa pemilik akaun tersebut terbuka hati untuk pulangkan semula duit kita . In shaa allah segalanya akan dipermudahkan .
Harap perkongsian mami ni dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang menghadapi masalah macam mami ni ya ❤️
Catat Ulasan