Ahli-ahli astronomi telah menemui sepasang asteroid paling muda yang pernah ditemui dalam sistem suria.
Kedua-dua asteroid tersebut memiliki ciri yang sukar untuk dijelaskan berikutan usia mudanya selepas terpisah daripada jasad induk pada 300 tahun lalu.
Menurut ahli astronomi Balai Cerap Lowell, Nicholas Moskovitz,kedua-dua asteroid tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti komet. Justeru, masih menjadi misteri bagaimana objek tersebut boleh terpisah daripada objek induk dan menjadi dua objek aktif dan seterusnya menjadi tidak aktif hari ini dalam tempoh hanya 300 tahun.
Penemuan tersebut diterbitkan dalam penerbitan Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.
Ahli astronomi Institut Astronomi Akademi Sains Czech, Petr Fatka berterima kasih pada cerapan yang dilakukan oleh Teleskop Penemuan Lowell(LDT) di utara Arizona. Jelas bahawa asteroid 2019 PR2 dan 2019 QR6 berasal daripada induk yang sama kerana memiliki ketinggian orbit yang sama.
Walaupun asteroid lebih besar mempunyai diameter sekitar 1 kilometer dan asteroid lebih kecil separuh ukuran tersebut, kedua-duanya mengelilingi Matahari pada orbit yang sama.
Kebanyakan asteroid dalam sistem suria berada di kawasan antara orbit Marikh dan Musytari yang dikenali sebagai lingkaran utama asteroid.
Saintis-saintis turut mengenal pasti asteroid tambahan yang dikenali sebagai Asteroid Dekat Bumi (NEAs) yang memiliki orbit menghampiri persekitaran Bumi.
Menurut Fatka lagi, sangat mengujakan untuk mencari sepasang asteroid muda yang terbentuk kira-kira 300 tahun yang lalu dalam skala masa astronomi.
Catat Ulasan