Galaxy Book2 Business


Galaxy Book2 Business – menyasarkan kepada pengguna perniagaan dan perusahaan.

Dengan era baharu untuk kerja hibrid, komputer riba ini dilihat dioptimasikan untuk pelbagai penggunaan.

Galaxy Book2 Business hadir dengan skrin 14-inci FHD kalis-silau, dijana dengan cip Intel Core i5 atau i7 generasi ke-12 dilengkapi sokongan Intel vPro. Disamping itu, Samsung turut menawarkan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX570A bersama dengannya.

Menariknya juga, ia turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE bersama dengannya – tetapi terhad hanya untuk pasaran Eropah. Melengkapkan ia juga adalah sambungan WiFi 6E.

Galaxy Book2 Business hadir dengan pilihan memori sehingga 64GB, selain storan sehingga 1TB.



 Samsung turut mengatakan ia hadir dengan sokongan sekuriti tambahan melalui Intel Hardware Shield Technology, yang turut menyertakan pemprosesan untuk melindungi BIOS – sekaligus membolehkan sebarang pencerobohan sistem dihentikan.


Samsung juga menyertakan pengoptimasian perisian – dengan fokus terhadap panggilan video, termmasuk dengan ciri Auto-Framing yang membolehkan kamera kekal fokus terhadap pengguna, selain ciri Background Effects untuk kaburkan gambar latar. Pelbagai suara latar juga ditapis dalam memastikan anda menikmati panggilan video yang baik ketika mesyuarat secara atas-talian.

Pengguna peranti Samsung turut boleh pautkan telefon melalui Link To Windows, selain turut menggunakan ciri SmartThings Find untuk mengetahui lokasi semasa komputer ereka.

Samsung menyasarkan untuk memasarkan komputer riba ini bermula April di beberapa pasaran terpilih. Memandangkan Samsung tidak menawarkan komputer riba di Malaysia, kita mungkin tidak melihat penawaran ini di Malaysia dalam masa terdekat ini..

0/komen