Gigi Tumbuh Dalam Lubang Hidung


Pakar-pakar bedah dari sebuah hospital di New York menemukan sebatang gigi yang tumbuh di dalam rongga hidung kanan pada seorang lelaki yang mengadu sukar bernafas.

Lelaki berusia 38 tahun itu mengalami masalah untuk bernafas melalui lubang hidung kanannya selama beberapa tahun sebelum memutuskan untuk mengunjungi Mount Sinai Health System di New York. 

Kajian itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM). Antara pakar bedah yang terlibat adalah Dr. Sagar Khanna dan Michael Turner.

Pakar-pakar bedah mendapati lelaki berkenaan mempunyai septum iaitu keadaan dimana sekatan antara saluran hidung ditolak ke satu sisi. 

Ujian rinoskopi yang dijalankan menggunakan kamera kecil berjaya menemukan puncanya iaitu sebatang gigi tumbuh di lubang hidung kanannya.

Gigi ektopik iaitu diistilahkan untuk gigi yang tumbuh di tempat tidak normal itu berukuran sepanjang 15.24 sentimeter (sm).

Pakar-pakar bedah berkata, mereka berjaya mengeluarkan gigi tersebut tanpa sebarang komplikasi. Lelaki berkenaan mampu bernafas secara normal semula melalui kedua-dua lubang hidungnya menerusi pemeriksaan lanjutan setelah tiga bulan pembedahan

0/komen