Kad Pokemon Catat Rekod Lelongan Baharu


Sekeping kad Pokemon yang jarang ditemui pada 1998 mencatatkan rekod harga baharu apabila dilelong pada harga AS$900,000 (RM3.78 juta).

Sebuah tapak lelongan yang khusus untuk barangan koleksi, Goldin berkata bahawa kad promo Holo Pikachu ‘Illustrator’ 1998 itu dijual pada harga sedemikian selepas 34 kali bidaan.

Menurut kenyataan Goldin ,kualiti kad yang digred pada skala tujuh daripada 10 oleh pakar-pakar dengan Pengesah Sukan-Sukan Profesional (PSA) itu mencatat rekod jualan awam untuk mana-mana kad Pokemon lain.

Penyenaraian lelongan menyatakan hanya 23 kad Holo Pikachu ‘Illustrator’ telah digred oleh PSA dan hanya satu contoh lain diberi penarafan skala tujuh.

Menurut kata penyenaraian berkenaan ,kuat kad ‘Illustrator’ Pikachu ini menduduki pangkat yang jarang ditemui dalam hobi tersebut dan akan serta-merta meningkatkan mana-mana koleksi ke tahap bertaraf dunia.

0/komen