Sepasang kekasih dari California menjadi pasangan pengantin ke-5 juta yang mendaftar perkahwinan di Las Vegas bersempena dengan tarikh unik 22.2.2022.
Mayra Ramizerz dan Luis Pantoj, menerima sijil perkahwinan di daerah Clark menerusi kempen digelar ‘Kisah Cinta Lima Juta’.
Mereka amat teruja untuk berkongsi detik-detik indah bersama Ramizerz dan Pantoj. Namun, bukan hanya sekadar satu pasangan, bahkan terdapat lima juta pasangan yang berkahwin di sini sebelum ini.
Menurut kata Kerani Daerah Clark, Lynn Marie Goya,ia merupakan satu tradisi yang menjadikan Las Vegas sebagai Bandar Perkahwinan Dunia.
Sementara itu, satu lagi pasangan dari Los Angeles, Melissa and Carlos De Leon memberitahu akhbar Las Vegas Review-Journal bahawa mereka berkahwin di Las Vegas pada tarikh 22.2.2022 selepas bercinta selama 22 tahun.
Menurut Melissa,ia lebih murah untuk berkahwin di sini dan lebih bersesuaian dengan mereka.
Biro Lesen Perkahwinan di Las Vegas kebiasaannya merekodkan kira-kira 600 perkahwinan pada Hari Kekasih.
Tahun lalu, daerah Clark mengeluarkan lebih 77,000 lesen perkahwinan dan pada tahun ini, ia menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 80,000 sijil baharu.
Las Vegas sering menjadi lokasi untuk pasangan kekasih melangsungkan perkahwinan dengan proses untuk mendapatkan sijil perkahwinan kebiasaannya mengambil masa hanya 10 minit.
Catat Ulasan