Kununnya Terhad Jadi Jual Harga Mabuk


Selepas tular kisah seorang pemuda berjaya menjual motosikal Yamaha RXZ dengan harga mencecah RM62,000 dalam tempoh 24 jam, kini harga Yamaha 125zr pula mencuri tumpuan orang ramai.

Sebelum ini, Yamaha 125zr diperkenalkan di pasaran tempatan secara rasmi pada Julai 2003 dan mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda terutamanya.

Setelah Yamaha membuat pengeluaran terakhir bagi jenis motosikal tersebut pada tahun 2018, namun ia masih mempunyai peminat yang ramai sehingga kini.



Terbaru, tular di media sosial apabila seorang pengguna ingin menjual sebuah motosikal Yamaha 125zr Movistar dengan harga melebihi RM90,000.

Menurutnya,125zr Movistar keluaran terhad nak dijual, buka harga RM95,000. Siapa beli dia memang ‘king’, semua orang hormat.

Difahamkan, model keluaran tersebut hanya ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja sekali gus konon menjadikannya sebagai koleksi ‘rare’ dan bernilai.

Model jenis ini ada 5,000 unit sahaja di Malaysia.

Mahal betul, baik beli sebuah kereta baru, siap bumbung..Tak lepak bawah jambatan bila hujan..kan kan kan🤣🤣🤣🤣🤣

Setelah di semak di laman yang mempromosi jualan harga mabuk  berkenaan,ternyata posting berkenaan telah di ubah / padam berikutan kecaman yang teruk dari netizen.



0/komen