Motor Dipos Belum Sampai


Ramai pengguna merungut dan kurang berpuas hati dengan perkhidmatan sesetengah kurier yang sering menimbulkan pelbagai masalah.

Antaranya adalah kelewatan menghantar barang, mempunyai kerosakkan dan ada juga produk yang dipos oleh pelanggan telah hilang.

Seorang pemuda, Muhd. Zakri  mendakwa motosikal jenis Yamaha RXZ yang dipos dari Tawau sejak 13 Disember lalu masih belum diterima sehingga hari ini.

Beliau mengepos motosikalnya  dari Tawau pada 13 Disember 2021 dan jadi sampai sekarang motosikalnya  masih tak sampai lagi ke alamat penerima.

Beliau  sudah cuba semak ‘tracking number’ tapi macam tidak dikemas kini, apabila dia hubungi pihak kurier,pihak berkenaan  asyik beri alasan sama.

Jelasnya, semasa semakan dan kemas kini terakhirnya pada 5 Januari 2022, sistem menunjukkan motosikalnya itu telah keluar dari pusat kurier di Tawau dan dalam proses penghantaran.

Menurutnya , kali terakhir beliau hubungi pihak operasi kurier, mereka mengatakan motosikalnya kemungkinan masih berada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.

Keluhnya ,sebelum ini apabila dia hubungi mereka, pihaknya kata motosikal dah sampai Port Klang. Bukannya motosikalnya itu dari negara lain, dari Sabah sahaja.

Apa yang lebih mengecewakan Zakri adalah apabila proses dan syarat diperlukan untuk urusan penghantaran motosikalnya itu sangat rumit tetapi pihak kurier masih belum dapat menjelaskan keberadaan sebenar kenderaan tersebut.

Tambah Zakri, motosikal itu satu-satunya kenderaan yang dia ada untuk pergi ke tempat kerja dan berharap agar syarikat kurier tersebut dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan secepatnya.

Jadi beliau harap pihak kurier lebih peka perkara macam ini, sudah la proses nak pos motor itu banyak syarat, kena hidup cukai jalan, insurans semua.

Tapi bila sudah ikut kehendak mereka, macam ini pula buat pada pelanggan, sekarang ini dia terpaksa  pinjam motor orang lain untuk pergi kerja.


#

sebut aje nama kurier...biar viral,jadi orang lain berhati hati menggunakan perkhidmatannya.

0/komen