Pasang ‘Pembesar Suara Balas Dendam’


Penduduk Korea Selatan yang tidak tahan dengan sikap jiran yang gemar membuat bising kini mempunyai cara unik untuk ‘membalas dendam’ iaitu dengan memasang sejenis sistem bunyi khas digelar ‘pembesar suara balas dendam’.

Peralatan sistem bunyi itu mula dilaporkan oleh media tempatan pada tahun 2016 dan ketika itu, ia dilihat sebagai cara kelakar yang boleh digunakan oleh penghuni pangsapuri yang mempunyai jiran yang bising.

Bagaimanapun, ia kini menjadi satu cara popular selepas ramai pengguna memberitahu kaedah itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Laman-laman e-Dagang di Korea Selatan mula menjual pembesar suara itu yang mempunyai pelbagai rekaan, output kuasa, pilihan ketersambungan dan fungsi.

Kesemua peranti dijual itu mempunyai satu persamaan, iaitu ia boleh dipasang pada dinding yang dikongsi dengan jiran terbabit, dengan bahagian diafragma boleh menghala ke dinding.

Sementara itu, meskipun terdapat pelbagai jenis pembesar suara yang boleh dipilih, satu daripadanya yang paling mendapat sambutan berdasarkan bilangan ulasan online dan penilaian keseluruhan adalah Smartor.

Ia merupakan peranti berbentuk bujur yang mampu ‘menyeksa’ jiran sambil membolehkan seseorang itu meneruskan hari mereka tanpa gangguan.

Menurut kata seorang pelanggan,bunyi daripada alat tersebut amat bagus. Kesannya sangat hebat.

Menurut seorang lagi pembeli,beliau berasa lebih tenang kerana dapat membalas dendam kepada unit pangsapuri di tingkat atas.

Smartor dijual pada harga kira-kira 170,000 won (RM596.23).
 

0/komen