Pelakon Extra Yang Legend


 
Watak yang paling menyerlah lakonan beliau adalah dalam filem BUJANG LAPOK sebagai gadis pisau cukur yang menipu P Ramlee di kedai kopi. 

Seniwati Pranee Pramote dilahirkan di Thailand pada tahun 1934 dengan nama Prany Pramoth. Nama Islamnya adalah Che Hasnah bt Che Mohamed. Filem pertama beliau adalah KIPAS HIKMAT pada tahun 1955 sebagai penari dan pada tahun yang sama juga beliau terus berlakon dalam filem EMPAT ISTERI, JUBAH HITAM, ROH MEMBELA, PENAREK BECHA,  BERNODA dan banyak lagi. 

Kebanyakan filem2 lakonannya adalah sebagai penari atau gadis kampung. 

Filem terakhir Pranee adalah BUNGA MAS keluaran Studio Merdeka pada tahun 1973. 

Pada tahun 1958, Pranee telah mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Kassim, seorang pemain piano yang kerap bersama orkestra P Ramlee. (Untuk maklumat anda, Ahmad Kassim yang memainkan piano untuk lagu Getaran Jiwa dalam ANTARA DUA DARJAT)

Ahmad Kassim juga adalah anak kepada Seniwati Mak Enon. Ini bermakna Pranee Pramote adalah menantu Mak Enon. 

Admin pernah interbiu Seniwati Pranee Pramote di rumahnya di Taman Melawati untuk sebuah program TV. 

Pranee Pramote meninggal dunia di Taman Sri Gombak KL pada Mac 2016 di usia 82 tahun Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah swt. 



AL FATIHAH.
 

0/komen