Restoran Tertinggi Di Dunia


Sebuah restoran mewah di bandar raya Shanghai, China memecahkan rekod untuk kategori restoran tertinggi di dunia yang  berada di dalam sebuah bangunan.

Restoran Heavenly Jin yang terletak di tingkat 120 di J Hotel, Menara Shanghai telah dinobatkan sebagai pemenang oleh Guinness World Records pada bulan ini.

Restoran tersebut berada pada ketinggian 556.36 meter dari tanah. Rekod sebelum ini merupakan milik restoran At.mosphere di Dubai.

Restoran itu terletak pada ketinggian 441.3 meter dari tanah pada tingkat 122 bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Ia dibuka pada 2011. 

J Hotel pula terletak di tingkat atas Menara Shanghai yang berketinggian kira-kira 632 meter dan merupakan bangunan tertinggi di China dan ketiga tertinggi di dunia. Ia boleh menempatkan seramai 256 pengunjung dan mempunyai lima bilik makan peribadi.

J Hotel di Menara Shanghai dibuka pada pertengahan 2021 dan dimiliki salah sebuah syarikat perhotelan dan pelancongan terbesar China, Jin Jiang International. Ia mempunyai 165 bilik, 34 bilik mewah dan menawarkan perkhidmatan pelayan peribadi sepanjang 24 jam.

Hotel ini menduduki bahagian atas Menara Shanghai tetapi bukan di seluruh bangunan tersebut.

Sebagai restoran tertinggi di dunia dalam bangunan, Heavenly Jin menawarkan pemandangan latar langit Shanghai yang menakjubkan.

Menu yang ditawarkan adalah termasuk hidangan klasik tradisional baharu yang menggabungkan unsur masakan Eropah, Jepun dan Cina
 

0/komen