Sistem Pertahanan Laser Bagi Menangkis Serangan Roket


Israel berjaya melakukan ujian sistem pertahanan laser untuk menangkis serangan dron, mortar dan misil minggu lalu. Sistem laser yang dibangunkan oleh Rafael and Elbit Systems ini diberi nama Iron Beam yang akan menjadi satu lagi lapisan pertahanan Israel bersama dengan sistem peluru berpandu Iron Dome yang telah digunakan sejak 2011.

Sistem laser ini berjaya menembak jatuh sebuah dron bersaiz sederhana, mortar dan peluru berpandu. Israel membangunkan Iron Beam kerana kos setiap peluru berpandu Iron Dome mencecah USD $150,000 (~RM637,000). Setiap “peluru” laser yang ditembak Iron Beam menurut Bennett hanyalah USD $3.50 (~RM14.87).

Sistem laser pada asalnya disasarkan untuk memulakan operasi pada tahun 2024 tetapi akan memulakan operasi mengawal sempadan Israel tahun ini kerana risoko serangan roket yang semakin meningkat.

Penggunaan dron dalam medan perang semakin meningkat dengan keberkesanannya terbukti di konflik Ukraine dan Nagorno-Karabakh. Hanya minggu lalu kapal perang utama Moskva karam selepas diserang dua peluru berpandu Ukraine. Terdapat laporan sistem radar kapal berjaya dialihkan perhatian menggunakan dron Bayraktar TB2 keluaran Turki. Ini menyebabkan sistem pertahanan gagal menangkis peluru berpandu.
 

0/komen