Spider Man Dilarang Buang Air Besar


Seorang pengguna laman sosial  memuat naik sekeping imej memaparkan papan tanda yang memberi amaran agar ‘Spider Man’ dilarang daripada membuang air besar di dalam sebuah terusan air.

Imej yang dikesan menerusi aplikasi pemetaan, Google Maps itu dilaporkan terletak di tepi jalan Nyamplungan di bandar Surabaya.

Papan tanda luar yang dianggap lucu itu menunjukkan lukisan individu yang memakai kostum Spider Man sedang duduk dalam keadaan mencangkung.

Turut diletakkan adalah amaran yang bertulis ‘Dilarang buang air besar’.

“Jika anda adalah Spider Man, sila jangan duduk mencangkung di atas batu dalam keadaan seluar anda yang dilondehkan,” menurut keterangan dalam gambar tersebut
 

0/komen