Seorang wanita di Tasek Gelugor di sini yang terbuang barang kemas miliknya ke dalam tong sampah sebelum diangkut lori sampah menarik nafas lega apabila ia ditemui semula.
Wanita berkenaan Yaya Ismail,secara tidak sengaja terbuang dompet berisi barang kemas ke dalam tong sampah sebelum menyedarinya kira-kira pukul 9 pagi.
Menurut wanita itu, dia meminta bantuan individu dipanggil abang untuk mencari lori sampah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah mengambil sampah kira-kira pukul 7.45 pagi sebelum mendapat persetujuan pihak berkenaan mencari barang kemas tersebut.
Menurutnya lagi,terdetik di hatinya andai kata jumpa emas ni memang nak bagi mereka saguhati dan andai kata tak jumpa pun nak bagi juga sebab bukan mudah nak cari dalam sampah yang banyak tu.
Akhirnya keluar satu ayat, tak apalah beliau reda mungkin bukan rezekinya sebab tak mahu susahkan mereka mencari dalam lori padat dengan sampah itu.
Menurutnya, pekerja yang dikenali Wira Oren itu bersetuju untuk membantunya dan meminta untuk pergi ke depo sampah di Tasek Gelugor untuk bersama-sama mencari barang kemas berkenaan.
Beliau memang tidak pergi ke sana dan kebetulan abang ada pergi tengok rumah di sana dan dia sama-sama mencari bersama pasukan MBSP.
Kira-kira pukul 1.30 abang buat panggilan video memaklumkan barang kemas di dalam dompet ditemui di dalam plastik hitam dan dia menarik nafas lega sehingga mengalirkan air mata.
Sementara itu, wanita berkenaan turut menzahirkan penghargaan kepada kira-kira sepuluh Wira Oren yang membantunya dalam usaha mencari barang berharga itu.
Bagaimanapun dia tidak memaklumkan nilai barang kemas tersebut.
Catat Ulasan