Saintis tentera Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa pesakit Ebola yang pernah pulih berpotensi dijangkiti semula.
Menurut mereka, virus itu berada di dalam sistem ventrikel otak dan menyebabkan jangkitan baharu dengan kesan kematian serupa selepas beberapa tahun.
Hanya 20 peratus mangsa didapati terselamat daripada jangkitan semula virus itu.
Kajian yang dijalankan ke atas monyet itu bertujuan mengkaji fenomena yang dihadapi oleh mangsa-mangsa yang terselamat daripada virus Ebola tetapi dijangkiti semula selepas beberapa tahun.
Data menunjukkan bahawa virus itu telah membunuh kira-kira separuh daripada mangsa yang dijangkiti dengan kadar kematian mencecah 90 peratus ketika lonjakan kes.
Penyelidik memulakan kajian selepas mendapati satu penularan berlaku di Guinea yang berasal dari seorang lelaki yang pernah pulih daripada Ebola pada lima tahun sebelumnya.
Menerusi kajian terbaharu, penyelidik meneliti otak-otak monyet yang sebelumnya dijangkiti untuk menemukan apa yang digambarkan sebagai ‘tempat virus bersembunyi’.
Menurut kenyataan seorang saintis tentera, Dr. Kevin Zeng ,kajian mereka adalah yang pertama ke atas monyet untuk mendedahkan tempat virus Ebola itu bersembunyi. Mereka mengkaji apa yang menyebabkan jangkitan itu berulang sehingga membawa maut.
Catat Ulasan