30 Tahun Imbang Objek


Seorang warga emas yang menghabiskan 30 tahun dalam kehidupannya dengan mengimbangi pelbagai objek berat di atas kepala mengaku tidak bercadang untuk berhenti melakukannya meskipun dibelenggu masalah kesihatan.

John Evans, 74, yang menghidap penyakit lelah, angina, diabetes serta mempunyai hanya sebelah mata yang berfungsi nekad meneruskan aktiviti tersebut untuk mengumpul derma bagi golongan memerlukan.

Sehingga kini, dia berjaya mengumpul sebanyak £250,000 (RM1.38 juta) untuk pelbagai badan kebajikan hasil aksi imbangannya.

Setakat ini, antara rekod imbangan yang dipegang oleh Evans adalah mesin basuh, sebuah kereta Mini Cooper dan 429 gelas berisi bir.

Sejak 30 tahun yang lalu, beliau telah mengimbangi hampir semua objek yang boleh di fikirkan.

Beliau harap dia  boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu serta mengumpul dana yang banyak dalam proses itu.

Tambah Evans, dia tidak mempunyai niat untuk berhenti melakukan aksi imbangan selagi terdaya meskipun keadaan kesihatannya tidak sebaik ketika zaman mudanya..

0/komen