GAMBAR menunjukkan apartmen yang dipercayai menjadi tempat tinggal Christine bersama majikannya di Singapura.
Seorang amah Filipina yang setia berkhidmat selama lebih 20 tahun menjadi jutawan segera kerana majikannya memberikannya sebanyak S$6 juta (RM14 juta) menerusi wasiat.
Menurut amah yang bernama Christine,sama ada memiliki atau tidak wang itu, beliau merupakan amah yang paling bertuah di Singapura.
Berusia 47 tahun dan masih belum berkahwin, dia enggan mendedahkan identiti dirinya dan mahu dikenali sebagai Christine kerana bimbangkan keselamatannya di Filipina yang merupakan negara yang sering menjadi lokasi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.
Dia mendapat wasiat itu daripada majikannya yang juga seorang wanita, Dr. Quek Kai Miew yang meninggal dunia pada tahun lalu semasa berusia 66 tahun.
Kekayaan segera itu meliputi wang tunai dan sebuah pangsapuri mewah berhampiran pusat beli-belah Orchard Road.
Dia sangat rapat dengan majikannya.
Christine yang kini sedang memohon menjadi penduduk tetap Singapura menyatakan bahawa kekayaan itu tidak akan dapat mengubah gaya hidupnya.
Amah tersebut turut menjaga ibu doktor itu dan dia diberitahu akan menjadi seorang penerima wasiat yang disediakan oleh majikannya pada 2008.
Menurutnya lagi,tidak ada rahsia di antara mereka. Beliau tidak terkejut apabila diberitahu berapa banyak yang dia akan perolehi.
Christine berasa kecewa apabila majikannya meninggal dunia.
Kematian itu amat mengecewakannya kerana tempoh beliau bersama dengan doktor itu lebih lama daripada dia bersama ibunya.
Beliau akan berasa sedih setiap kali dia teringatkan dia (majikannya).
Catat Ulasan