Bangkai Makhluk Aneh Ditemui


Seorang lelaki dari Sunshine Coast, Australia terkejut apabila menemui bangkai makhluk misteri berwajah aneh terdampar di tepi pantai.

Makhluk berkaki empat dengan badan kelihatan lembik dan mempunyai ekor panjang seperti tikus itu kehilangan hampir semua daging pada kepalanya sehingga mendedahkan tengkorak menyerupai haiwan reptilia.

Menurut kata Alex Tan,beliau terjumpa sesuatu yang pelik. Ia seperti sesuatu yang di lihat apabila seseorang mendakwa bahawa mereka menemui makhluk asing.

Makhluk itu kelihatan seperti seekor oposum yang tidak berbulu, tetapi berbeza dengan apa yang pernah dilihatnya dan menganggap ia adalah dari angkasa lepas.

Dia kemudiannya mengajak pengguna media sosial lain untuk membuat spekulasi mengenai spesies haiwan itu dengan menyatakan bahawa dia benar-benar berminat mengetahuinya.

Beberapa pengguna meneka bahawa ia mungkin seekor kanggaru atau walabi yang lemas.
 

0/komen