Bangsa Yahudi di Tanah Melayu


Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi (kaum Khazar).

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula pada sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum ini dijumpai di Melaka. 

Kemunculan Yahudi Baghdad di Pulau Pinang berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke-19. Keadaan ini telah menarik perhatian saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoon dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai orang Yahudi dari wilayah Baghdad Uthmaniyyah berlaku ketika pemerintahan Daud Pasha pada tahun 1817 hingga 18314.

Sejarah fahaman rahsia Yahudi Freemason pada halaman 306, pada bahagian tajuk 'Singapore and Malaya', The Pocket History of Freemasonry (Fred L. Pick and G. Norman Knight) yang menyatakan,

"An antient lodge (loji)was established at Penang in 1809 but had a rather spasmodic career which formally terminated in 1862."

Keris Mas pernah menulis cerpen bertajuk Menjual Tanah Air di mana beliau mengisahkan perihal bangsa Melayu seorang Penghulu yang ghairah menjual tanah kepada bangsawan yahudi di Singapura. Cerpen ini disiar dalam Mastika Februari pada tahun 1948. Menariknya kisah itu (mungkin pemerhatian realiti zaman berkenaan) berlaku di zaman pasca penjajahan Jepun dan demi memiliki wang untuk berkempen kedudukan lebih tinggi beliau merelakan tanah rezab Melayu digadai kepada syarikat British melalui broker Yahudi berkenaan.


0/komen