Dakwa Pernah Hidup Ketika Era Perang Dunia Pertama


Seorang lelaki Britain mendakwa bahawa dia pernah hidup ketika era Perang Dunia Pertama dan berkhidmat sebagai juruterbang tentera sebelum terkorban akibat ditembak di Perancis ketika mengendalikan pesawat  pejuang.

Steve Mulligan, 61, berkata, dia dapat mengingati ‘kehidupan lampaunya’ itu ketika menjalani sesi hipnosis.

Menurutnya, meskipun dilahirkan pada tahun 1961, dia dapat mengingati kehidupannya di utara Wales sekitar tahun 1903.

Mulligan juga dapat mengingati bahawa namanya adalah Sydney Sutcliffe dan dia merupakan anak kepada Abraham ‘Arthur’ Sutcliffe, seorang penghibur Pavilion Theatre di Llandudno.

Sejak kecil, beliau sering pergi ke Llandudno, dan ibunya berasa hairan  kerana dia mengetahui selok-belok jalan di situ.

Beliau juga berasa seperti ‘deja vu’ (seolah-olah pernah pergi ke situ).

Mulligan berkata, dia pernah melawat sebuah tugu peringatan perang di Llandudno bersama isterinya, Sharon. 

Dia terkejut apabila menemui nama ‘Sydney Sutcliffe’ disenaraikan sebagai antara askar yang terkorban ketika Perang Dunia Pertama.

Menurutnya beliau menjadi beremosi apabila melihat nama itu terpapar pada tugu peringatan tersebut. Dia masih cuba memahami keadaan ini, ia merupakan satu perasaan yang aneh.
 

0/komen