Seorang datuk berusia 60 tahun mendapat perhatian di media sosial Indonesia kerana berkahwin dengan gadis berumur 17 tahun.
Pernikahan berlangsung di daerah Mamuju, Sulawesi Barat .
Menurut @Masna Audina, dia mengaku bapa saudaranya telah berkahwin dengan seorang gadis bernama Shinta pada 10 Mac lalu.
Pasangan suami isteri itu memakai pakaian tradisional kaum Bugis atau dikenali sebagai baju Bodo berwarna merah jambu. Mas kahwin ternyata hanya sebanyak 7 juta rupiah (RM2,049.38).
Menurut Masna, isteri bapa saudaranya telah meninggal dunia empat tahun lalu. Dia meminta orang ramai untuk tidak terlalu banyak membuat spekulasi.
#
Jangan berputus asa bagi yang masih bujang, mungkin jodoh anda belum lahir.
Catat Ulasan