Gunung Merapi yang terletak di Jogjakarta dilaporkan meletus lagi sekitar pagi kelmarin dengan menghamburkan awan panas dan hujan debu sejauh lima kilometer dari puncaknya.
Menurut Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) letusan debu panas itu berlaku sebanyak 5 kali bermula tengah malam kelmarin.
Debu haba longsoran direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 75 milimeter (mm) dalam tempoh maksimum 570 saat.
Menurut kata Ketua BPPTKG, Hanik Humaida,jarak luncuran adalah kira-kira lima kilometer ke tenggara. Arah mata angin ke barat laut.
Sementara itu, di Desa Tlogolele Kecamatan Selo Kabupaten Boyolali dan Desa Gantang Kecamatan Sawangan Kabupaten Magelang serta Kecamatan Dukun Kabupaten Magelang dilanda hujan abu.
Sehubungan itu, BPPTKG terus mengekalkan status Siaga atau Tahap III iaitu tahap berjaga-jaga dengan kemungkinan letusan dan pemindahan penduduk dari kawasan berhampiran.
Catat Ulasan