Siri Honor X dikemaskini dengan model baharu lagi. Melaluinya, Honor X8 telah diumumkan dengan janaan cip Snapdragon 680
Ia menjadi peranti yang lengkap dengan sokongan 4G sahaja. Ini juga adalah cip yang sama digunakan pada sejumlah peranti sedia ada seperti Realme 9i, Oppo A76, Redmi Note 11 dan sebagainya.
Honor X8 lengkap dengan skrin sebesar 6.7-inci LCD dengan resolusi mencapai FHD+. Di samping cip pemprosesan Snapdragon 680, ia turut dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 4000mAh dengan pengecasan Honor 22.5W SuperCharge Charger.
Sistem kuad-kamera di belakang terdiri dengan tetapan 64MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Kamera turut sama menyokong kebolehan zum digital sehingga 8X dan rakaman video tertinggi mencapai 1080P. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.0, pengimbas cap jari sisi, menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya.
Setakat ini, peranti dilihat sekadar tersenarai sahaja tanpa sebarang perkongsian lanjut mengenai harga jualan rasmi..
Catat Ulasan