Kantoi Menyamar Mesej Dengan Suami


Assalamualaikum .. terima kasih seandainye confessions ini disiarkan. Untuk saya bangkit melalui kata- kata semangat dari para pembaca. Cukuplah diri ini dikenali sebagai Halida. Tiada niat nak aibkan mana – mana pihak.. minta maaf jika ada yang terasa. Saya janda umur 25 tahun dan dikurniakan puteri yang baru berusia 2 bulan. Saya diceraikan pada hari ke 40 berpantang. 

Kisah saya dengan bekas suami bermula lebih kurang 4 tahun yang lalu, di mana perkenalan kami oleh seorang kawan. Dipendekkan cerita kami bertunang setahun kemudian, mase tu saya masih study dan memang majlis disupport oleh bekas suami. Dia seorang penjawat awam, kami bertunang dua tahun dan semua berjalan lancar tiada apa – apa dugaan besar macam pasangan tunang yang lain. Rasa bahagia teramat sangat, saya yakin dia lah jodoh terbaik untuk saya. Bekas suami seorang yang penyayang, hormat orang tua, peramah. 

Pada bulan OGOS 2020 kami berkahwin. Memandangkan saya masih ditahun akhir, majlis perkahwinan bekas suami yang support. Rumah sewa kami, semua kelengkapan bekas suami sediakan sebelum berkahwin dan saya hanya masuk je. Kehidupan kami selepas berkahwin tidak semewah pasangan lain, makan ala kadar je nasi dengan telur dan kicap, kadang – kadang nasi goreng dan saya tak pernah minta suami belikan baju baru atau apa – apa yang saya inginkan. Saya faham saya tak kerja dan gaji suami cukup – cukup je waktu itu. 

Rezeki datang tanpa diduga pada bulan OKTOBER saya dapat tawaran kerja kerajaan dan disahkan mengandung. Alhamdulillah pada bulan JANUARI saya dihantar bertugas kat Melaka dan suami kat Kuala Lumpur. Dua minggu sekali saya jumpa suami, naik bas dari Melaka ke KL bawa perut yang semakin membesar. Suami tak datang tempat saya pun, takpe saya faham sebab duit tol minyak ape semua tu. 

Rumah tangga kami dilanda masalah selepas dia nak bawa grab pada bulan 4. Satu persatu perubahan dari diri dia. Dia selalu marah – marah, tak ada mood dan pernah bagitahu tak nak selalu contact dengan saya (tidak dapat hidu lagi dia ada orang lain). Saya plak tengah mengandung, nakkan perhatian dia, mengidam nak makan apa – apa langsung tak ditunaikan. Memang kami selalu bergaduh, bila merajuk nak dipujuk tapi tak dilayan. Saya mengandung perlukan kasih sayang perhatian dia tapi kenapa dia tak faham. Dia berubah dan tak macam saya kenal 4 tahun lepas sebelum kami kahwin. 

Pernah dia bagitahu jika saya pergi KL dia tak halalkan saya jejak kaki ke rumahnya. Saya pergi KL dengan muka manis nak jumpa suami tapi balik Melaka dengan air mata. Apa salah saya sampai diperlakukan sebegitu, begitu cepat dia berubah.. JULAI saya ambil cuti bersalin tapi sedih sebab saya dihantar ke rumah kakak dengan alasan dia kena pergi kursus (sebenarnya tak pun). Saya tak sempat balik kampung dan bersalin kat KL. Hari pertama keluar dari labour room, sayaminta telefon dia tapi tak sampai 5 minit hati ni berderai dengan satu whatsapp, “B kenapa tak baIas msej syg”. Ya Allah.. sakit bersalin masih tak hilang disakitkan lagi dengan kecuranganmu wahai suami. 

Saya minta cerai tapi dia berjanji nak betulkan keadaan sebab dah ada anak. Ok, takpe saya faham, saya cuba maafkan. Masa nak balik kampung hantar saya, dia berhenti kat RnR rupanya duk bergayut dengan perempuan tu. Sedih sangat.. Saya berpantang kat kampung, dua minggu dalam berpantang bekas suami ade bagi hint, “seandainya apa – apa terjadi pada rumahtangga kita, minta kuat semangat sebab jodoh ajal maut di tangan Allah.” 

Masa tu saya tak dapat syak sebab dia kata dia nak berubah.. Satu hari saya call dia berpuluh – puluh kali nak bagitahu pasal anak tapi dia tak jawab. Saya sengaja guna nombor lain kacau dia dan mengaku saya ni kawan Halida dan bagitahu terserempak dengan dia. Mungkin dia dapat agak saya yang kacau. Jadi malam tu dengan satu ayat, “jika awak yang menyamar jatuh talak satu.” Ketika itu hari ke-40 saya berpantang. 

Sedarkah awak, awak ceraikan saya sebab penipuan yang awak sendiri. Awak ceraikan saya sebab salah awak, sebab kecurangan awak. Setahun rumah tangga kami bertahan, saya ke KL bersama akak nak ambil pakaian tapi baju – baju saya dimasukkan dalam plastik sampah hitam. Sebegitu hina diri ini dibuang tapi dia cerita kami pergi ser4ng dia. Remuk hati nie. Alhamdulillah dengan izin Allah dan bantuan kawan terdekat, satu demi satu bukti. 

Dia tak jawab panggiIan saya berpuluh – puluh kali sebab dia ke cameron highland dengan perempuan tu. Rupanya dia curang dengan saya dari bulan FEBRUARI selepas saya dapat kerja di Melaka. Semua bukti gambar dari bulan 2 sehingga sekarang masih saya simpan yang mereka bersuka ria, mereka pergi bercuti, pakai baju sama macam suami saya bujang. Tapi masa bersama saya selalu cakap takde duit. Berjanji nak bercuti tapi janji tinggal janji saya tidak pernah ungkit sebab faham kewangan suami. TAPI kenapa dengan perempuan tu dia boleh pergi sana sini, mungkin perempuan tu kaya kot. 

Sedarkah awak wahai suami saya sedang mengandungkan anak awak, saya makan tak makan awak tak tahu tapi awak boleh bahagia bersenang lenang di atas penderitaan saya Adilkah untuk saya diperlakukan sebegini. Pihak sebeIah suami seakan membenci saya sebab mendengar cerita sebeIah pihak suami. Jadi saya renung dan fikir semula patut semua kesilapan saya sebagai isteri jarang ditegur rupanya dah ada yang lain dalam hati. Bila jadi macam ni semua keburukkan saya dicanang sepanjang saya jadi isteri dia. Kenapa lepas ada anak nak tinggalkan saya, dulu awak paling excited nak jadi ayah. 

Macam – macam awak plan bersama saya untuk anak tapi sekarang awak hancurkan. Awak tengok muka anak masa umur anak 6 hari. Saya selalu bisik kat anak, “adik nak ayah adik, minta Allah hantar semula ayah untuk adik. Bergenang air mata mu wahai anak rindukan ayah. Mungkin tak pandai nak bagitahu tapi aku sebagai ibu memahami. Anak ibu tak banyak ragam. Kembung perut pun tak menangis, kuatnya kamu sayang.” Sebab fikirkan anak saya pujuk dan rayu merayu pada suami tapi dibalasnya hati dia dah tertutup untuk terima saya. Dan saya dapat tahu dia tak tahan dengan perangai saya. 

Dia macam dan seakan nak gila layankan perangai saya tapi semua tu alasan untuk menutup kecurangan dan kesalahan dia. Dia sebagai suami kena bimbing isteri. Setahun kami berkahwin adalah masa untuk sama – sama belajar, kenal dan terima kebaikan keburukan untuk kebahagiaan jangka masa panjang tapi dia?? Sebab ada orang lain semua tu tak boleh dibentuk dan bimbing. Alasan dan sebab yang dia bagi mungkin satu punca semua pihak dia tak suka saya, langsung tak adil bagi saya. 

Memang sebulan saya menangis dan makan hati 5 tahun dibuang dan dilupa dengan mudah. Saya ade jumpa ramai ustaz kebanyakan bagitahu dikena sihir tapi allahullam.. Dan family dia tak percaya semua ni. Sekarang saya dah mula bertugas, anak di kampung dengan mak. Orang lain jauh dengan anak ada suami bagi semangat tapi saya ?? Doakn saya kuat yee kawan – kawan. Adakah jodoh saya dengan dia tak panjang atau dugaan buat kami? Perlu ke saya berharap dia kembali lagi? Aku rindu kamu yang dulu. Perasaan sayang mungkin sukar untuk aku hapuskan. Sekelip mata awak berubah.




Halida

0/komen