Hubungan kekeluargaan diibaratkan bagai air dicincang tidak akan putus, begitu juga dengan golongan muallaf, meskipun sudah bertukar agama ia tidak akan mengubah pertalian darah.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial bernama Rizal Imran, menceritakan mengenai nilai kisah kasih-sayang seorang wanita berbangsa India terhadap arwah adiknya yang merupakan seorang muallaf.
Menurut, Rizal, wanita India yang mesra disapa dengan panggilan Aci, tidak pernah lupa memberi wang untuk membuat majlis tahlil buat arwah adiknya, apabila tiba sahaja bulan Ramadan.
Difahamkan, Aci itu juga sering bersedekah kepada masjid dan surau sambil dibantu oleh anak lelakinya, membuatkan Rizal sempat bergurau memintanya masuk Islam mengikut jejak langkah adiknya.
“Setiap tahun Ramadan dia akan bagi wang untuk bacaan tahlil adiknya ke surau, tidak lupa juga buah2an memang banyak yang dia sedekahkan, sempat bergurau, cakap pada dia, ‘Aci every year aci sedekah. Aci kena masuk Islam juga lah macam your late brother’.. dia gelak jer cakap ‘Inshaallah Inshaallah’…”
Walaupun berlainan agama, namun itulah tanda sayangnya seorang kakak terhadap adik yang telah meninggal dunia, membuatkan Aci tersebut tidak lokek untuk memberi sumbangan dan sedekah atas nama arwah.
Macam ni baru patut viral…
Catat Ulasan