Lembu Jantan Naik Minyak


Seekor lembu jantan naik minyak telah merempuh pagar keselamatan di tempat duduk barisan kehormat (VIP) sebuah gelanggang laga lembu di Tripetio, Mexico.

Rempuhan ganas itu telah mengakibatkan 15 VIP cedera yang ketika itu berada dalam kotak penonton.

Haiwan seberat 605 kilogram itu menghampiri pagar keselamatan logam di sekeliling arena dan merempuhnya untuk masuk ke kawasan penonton.

Laporan polis memaklumkan bahawa lembu jantan itu akhirnya berjaya ditangkap dan diikat oleh beberapa beberapa petugas sebelum dibawa masuk semula ke dalam gelanggang.

15 mangsa yang tercedera akibat rempuhan itu hanya mengalami luka ringan.

Beberapa orang penonton terpaksa dirawat oleh paramedik yang tiba di lokasi kejadian ekoran pihak pengurusan arena tidak menyediakan ambulans atau petugas kecemasan terlatih di acara itu.

Selepas imej insiden itu dikongsi secara meluas di media sosial, ramai orang menggelarnya  sebagai penderaan haiwan..
 

0/komen