Dua lelaki di negeri Tennessee, Amerika Syarikat terbunuh selepas seekor unta di sebuah zoo dilaporkan mengamuk dalam kejadian yang berlaku pada petang Khamis lalu.
Pejabat Sherif Daerah Obion memaklumkan telah menerima laporan mengenai seekor unta yang melarikan diri dan menyerang orang ramai di Shirley Farms di Obion.
Dua panggilan kecemasan telah dibuat berhubung serangan oleh seekor unta.
Sejurus pegawai tiba di tempat kejadian, dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam masa sama, unta berkenaan masih terlepas.
Haiwan itu kemudian ditangkap untuk menjamin keselamatan orang awam di kawasan kejadian, kata pihak berkuasa.
Ahli keluarga kepada salah seorang mangsa memberitahu mereka cuba membantu menangkap haiwan itu tetapi gagal.
Seekor unta dewasa boleh memuatkan kepala, lengan, kaki atau badan manusia di dalam mulutnya.
Menurut seorang pakar unta itu lagi, unta cukup kuat untuk menyerang tangan dan kaki manusia lalu menendang ke depan dan belakang. Unta akan melakukan gabungan aksi itu sambil melutut untuk memijak kita.
Catat Ulasan