Maut Rempuh Aligator


Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dilaporkan meninggal dunia selepas keretanya merempuh seekor buaya jenis aligator sepanjang 3.35 meter di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS).

Kemalangan berlaku selepas tengah malam pada Khamis lalu, demikian kenyataan Pejabat Syerif Daerah Hillsborough.

Mangsa iaitu John Hopkins, 59, sedang menuju ke arah timur ketika melalui County Road 672 di Lithia apabila dia secara tidak sengaja melanggar seekor aligator di tengah jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas dan jatuh ke dalam sebuah parit. Seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan sama menyedari kemalangan tersebut lalu menghubungi polis, kata pejabat syerif. 

Apabila anggota-anggota tiba di lokasi kejadian, Hopkins bersama buaya itu disahkan sudah mati. 

Florida dan Louisiana mempunyai populasi aligator terbesar di Amerika Syarikat. Di Florida sahaja, terdapat kira-kira 1.3 juta aligator liar terdapat, demikian menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

Seorang wakil Pejabat Syerif Daerah Hillsborough memberitahu bahawa kemalangan kereta melibatkan aligator jarang berlaku.

Siasatan kemalangan maut akan dijalankan oleh pejabat syerif untuk menentukan punca kemalangan
 

0/komen