Pelancongan ke angkasa lepas bukanlah perkara baharu dengan Dennis Tito menjadi orang awam pertama yang membayar untuk menjadi seorang angkasawan pada tahun 2001. Selepas lebih dua dekad, kini syarikat swasta SpaceX, Blue Origin dan Virgin Galactic kesemuanya telah menawarkan pengalaman ke angkasa lepas. China tidak ingin ketinggalan dan akan menawarkan pelancongan ke stesen angkasa mereka dalam masa sedekad.
Yang Liwei yang merupakan taikonaut pertama China dipetik oleh media tempatan berkata pengalaman pergi ke stesen angkasa Tiangong milik negara itu boleh ditawarkan dalam masa hanya sedekad. Ini adalah kerana kapal angkasa Shenzhou generasi seterusnya mampu membawa sehingga enam penumpang berbanding hanya tiga sekarang.
China masih lagi dalam proses menyiapkan stesen angkasa Tiangong mereka dengan hanya beberapa modul berjaya dipasang setakat ini. Selain penglibatan Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA), syarikat swasta di China turut telah mengumumkan perancangan menawarkan perjalanan ke angkasa lepas mereka mirip Blue Origin.
Catat Ulasan