Sebuah syarikat makanan dan minuman dari New Jersey, Amerika Syarikat memperkenalkan sebuah mesin layan diri yang mampu memasak burger secara automatik menggunakan ‘cef robot’.
Mesin digelar RoboBurger itu dipasang di pusat beli-belah Newport Centre Mall.
Dengan bersaiz 1.1 meter persegi, mesin tersebut mempunyai cef robot yang boleh memasak dan menghidangkan burger yang panas dan segar dalam masa hanya enam minit.
‘Cef’ tersebut memanggang daging burger, membakar roti, mengeluarkan perisa yang dipilih, menyusun burger dan menghidangkannya kepada pelanggan dalam masa enam minit pada harga AS$6.99 (RM29.40).
RoboBurger dipasang pada soket dinding biasa dan mempunyai peti sejuk sendiri, kuali pemanggang automatik dan sistem pembersihan.
Sama seperti mesin layan diri yang lain, ia boleh beroperasi selama 24 jam, setiap hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RoboBurger, Audley Wilson, dengan pemasangan mesin pertama itu, syarikatnya menyasarkan untuk membuka cawangan-cawangan seterusnya di lapangan terbang, kolej, kilang dan pangkalan tentera.
RoboBurger menawarkan burger yang sedap serta dipanggang secara segar dan dalam masa sama memberikan pengalaman selamat serta tanpa sentuhan.
Catat Ulasan